Hidup di dunia ini adalah untuk sementara.. Ia adalah sebagai landasan untuk menuju ke dunia yang kekal abadi...

Saturday, December 11, 2010

rakan ketika zaman kanak-kanakku....

Sedekad telah berlalu......namun segalanya kurasakan masih baru. Kenangan demi kenangan masih kekal dalam ingatanku. Kalian masih dalam ingatanku walau diri ini sudah dilupakan. Suatu ketika dahulu, kita bersama-sama menyulam cita-cita. Bersama sewaktu duka dan tawa. Kini, masing-masing dengan kehidupan sendiri.

Rakan-rakanku,
apa yang kuharap agar kalian tetap bergerak dan berada pada landasan yang benar. Jangan sesekali kalian khianati persahabatan ini. Hati ini pernah terluka dan kecewa lantaran pengkhianatan itu. Tegarkah kalian memusnahkan kepercayaan yang kuberikan? Sungguh, aku benar-benar kecewa. Tidakkah kalian fikirkan hati dan perasaan temanmu yang lain?

Kisah ini tidak terhenti di sini. Perjalanan ini masih panjang. Penuh dengan onak dan duri. Pelbagai coretan rasa dan warna dalam kehidupan ini belum terlakar dan terlukis. Hidup ini bukan semata-mata kerana dunia. Hidup di dunia ini hanyalah sebagai landasan untuk menuju ke dunia yang kekal abadi. Pandulah dirimu ke jalan yang benar dan diredhai Allah SWT. Berpeganglah kepada al- quran dan as- sunnah. Moga kalian beroleh kerahmatan serta hidayah daripadaNya.
Posted by Picasa

Saturday, December 04, 2010

Perjalanan ini........................




perjalanan
penuh dengan onak dan duri
sesekali ke kanan
kadangkala ke kiri
apapun pilihan kita
ingatlah
perjalanan ini ada noktahnya
ada penghujungnya
cukupkah bekalan kita?
untuk ke perhentian terakhir?
tambahlah, perteguhlah
bekalan kita.......

Saturday, November 27, 2010

keindahan alam ...............





Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.” – Al-Haj: 5.

“Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah).” – Qaaf: 7-8.

################

Apabila melihat keindahan alam semulajadi, jiwa berasa tenang....lafazkan kalimah subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar....Syukur kepada Allah kerana diri ini masih lagi dapat bernafas dan bernaung di bumiNya....suka berjalan dan melihat tanda-tanda kebesaran Illahi...

Tuesday, October 26, 2010

RINDU PADANYA.....


Apabila hati terasa gelisah
ketika jiwa berasa resah
huhamparkan segalanya
berikanlah aku kekuatan Ya Allah
tabahkan hati hambaMu ini
lapangkan dadaku
permudahkan segala urusanku

di saat hati dilamun duka
sewaktu diri bersama tawa
di saat aku keseorangan
Kau sentiasa di sisi

moga diri ini sentiasa
dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi
kulabuhkan rindu ini
hanya untukMu
Ya Allah....

Saturday, October 23, 2010

Rapuhnya peganganmu....perteguhkan imanmu!


siapa yang harus dipertanggungjawab?
gurukah?
ibubapakah?
kawankah?
atau persekitaran?
namun yang lebih tepat adalah diri sendiri

setiap perkara yang berlaku
bermula dari diri sendiri
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu
melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya
terlalu rapuh iman ini
sehingga tidak mampu menangkis
halangan yang tiba
dugaan yang mendatang

terlalu mudah dirimu
mengubah pendirian diri
puncanya?
asasmu tidak kukuh
peganganmu tidak kuat
akidahmu goyang
imanmu lemah

bangkitlah semua
perteguhkan imanmu
kuatkanlah peganganmu
kembalilah
hiduplah berlandaskan al-quran dan as-sunnah
usah diambil separuh-separuh darinya
ambilllah semuanya
Islam itu mudah
namun jangan sesekali dipermudahkan

kelekaanmu
kelewaanmu
kealpaanmu
kelemahanmu
bakal mengundang bencana

langkahmu yang maju ke hadapan
lihatlah semula ke belakang
kembali meniti sirah dan sejarah
ambillah ikhtibar dan pengajaran
jadikan ia sebagai pedoman
agar tidak tersungkur di jurang yang sama

Sedih apabila melihatkan ramai yang petah berbicara, yang berjaya dalam kehidupan masing-masing. Namun, agama dipinggirkan. Seolah-olah Islam hanya pada nama. Tidak pada penghayatannya dan juga kehidupannya. Apabila ajaran Islam diamalkan hanya pada sesetengah perkara. Ketika syariat tidak diambil sepenuhnya. Maka terjadilah seperti apa yang dilihat pada hari ini. Kembalilah...kepada quran dan sunnah.

dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.- surah an-nisa: ayat 103


Friday, October 08, 2010

Jika ia hadir......


Mudahnya mencari cinta,tapi cinta yang sejati itulah sukar diharungi.Mudahnya mencari bahagia,tetapi bahagia yang berkekalan itulah sukar dikecapi.Mudahnya mencari keseronokan tapi keseronokan yang tiada kemurkaan itulah sukar ditemui.Mudahnya mencari kesedihan tapi kesedihan kerana ALLAH itulah jarang kita perolehi :=)

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku pada seseorang

yang melabuhkan cintanya padaMu,

Untuk mencintaiMu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,

Jagalah cintaku padanya,

agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu

Agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang semu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta

Jagalah hatiku padanya

Agar tidak berpaling dariMu

Ya Allah, sesunggguhnya aku memohon

padaMu untuk selalu mencintaiMu..

Friday, October 01, 2010

Kehilangan.....



Tika dia meninggalkanku
sepi kurasakan
sayu dan pilu bertamu
air mata menjadi teman
detik itu aku menyendiri
mengimbau kembali kenangan yang pernah dicipta
adakala duka adakala suka
sesekali ia terlintas di ruang masa dan ketika
sungguh... jauh di sudut hati ini
seolah ingin kurentas masa
melewati saat-saat indah suka duka bersama
namun apa daya
masa yang sudah berlalu tidak boleh diundur lagi
dan langkah perlu diteruskan
perjalanan masih panjang
bersamalah merentasi jejak ini
jalan yang mustaqim
kumohon dariMu
pandulah aku menuju jalanMu
yang penuh kerahmatan dan kasih sayangMu
sesungguhnya.... cinta akan manusia, manusia akan mati
cinta akan bunga, bunga akan layu
dan cinta akan Allah itulah yang akan kekal abadi ;)

Monday, September 20, 2010

Sibuk dengan pelbagai tugasan.....


Kembali ke alam pengajian...
dengan mid term la
tasmi' n
macam-macam

apa pun....
teruskan berusaha...
:)

Friday, August 13, 2010

Ramadhan



Sama- samalah kita meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan ini.

Friday, August 06, 2010

Ramadhan kian hampir

Bulan Sya'ban hampir melabuhkan tirainya
Ramadhan pula kian menghampiri
kedatangannya amat dinanti
kehadirannya penuh dengan kerahmatan

bulan ini
penuh dengan dugaan dan cabaran
yang menguji setinggi mana tahap keimanan
diuji kesabaran insan

bulan penuh kerahmatan
penuh keberkatan
di dalamnya ada satu malam
iaitu lailatul qadar

hanya insan yang terpilih sahaja
yang akan bertemu dengannya
berusahalah tingkatkan ibadah
tingkatkan amalan

sucikanlah diri dan hati
persiapkanlah diri dengan bekalan
agar beroleh keberkatannya
moga doa diperkenankan
Yang Maha Pengasih....

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.......







Friday, July 23, 2010

Selamat melangkah ke dunia baru....


Hari ini adik aku yang ketiga mendaftarkan diri di Universiti Putra Malaysia...kuharap dirimu beroleh kejayaan. Sememangnya kegagalan yang pertama bukanlah bererti akan selamanya gagal. Namun dari situlah semangat baru bangkit untuk terus berusaha. Berada di puncak kejayaan bukanlah mudah. Pelbagai liku kehidupan yang harus dilalui. Kadangkala jatuh tersungkur, kadangkala maju menapak ke hadapan. Itulah lumrah kehidupan. Kehidupan ini tidak pernah sunyi tanpa dugaan dan cabaran. Ujian dari Allah adalah untuk menguji tahap keimanan hambaNya. Adakah dia akan bersyukur ataupun terus leka dan alpa dengan kehidupan yang sementara ini.

Wednesday, July 21, 2010

kembali

sesekali kenangan silam menerjah ruang fikiran
penuh suka duka perjalanan kehidupan
kadangkala ia terlalu pahit untuk ditelan
kadangkala ia cukup manis dirasai
bila kenangan itu hadir
hadirnya dengan pelbagai rasa

andai waktu itu bisa kembali
ingin aku melewati saat- saat itu
alangkah bahagianya
namun aku tahu
itu hanyalah dalam khayalanku
mana mungkin masa itu akan kembali

masa terus berjalan
tanpa sekalipun ia berhenti
dan langkah ini tetap maju ke hadapan
sesekali aku menoleh ke belakang
ada sesuatu yang bisa kukutip
sebagai pedoman untuk terus melangkah

ya Allah
Kau tunjukkanlah aku
jalan yang benar
jalan yang Kau redhai
pandukanlah aku di landasan kebenaran
jauhilah aku dari tergelincir dari jalanMu