Hidup di dunia ini adalah untuk sementara.. Ia adalah sebagai landasan untuk menuju ke dunia yang kekal abadi...

Saturday, December 11, 2010

rakan ketika zaman kanak-kanakku....

Sedekad telah berlalu......namun segalanya kurasakan masih baru. Kenangan demi kenangan masih kekal dalam ingatanku. Kalian masih dalam ingatanku walau diri ini sudah dilupakan. Suatu ketika dahulu, kita bersama-sama menyulam cita-cita. Bersama sewaktu duka dan tawa. Kini, masing-masing dengan kehidupan sendiri.

Rakan-rakanku,
apa yang kuharap agar kalian tetap bergerak dan berada pada landasan yang benar. Jangan sesekali kalian khianati persahabatan ini. Hati ini pernah terluka dan kecewa lantaran pengkhianatan itu. Tegarkah kalian memusnahkan kepercayaan yang kuberikan? Sungguh, aku benar-benar kecewa. Tidakkah kalian fikirkan hati dan perasaan temanmu yang lain?

Kisah ini tidak terhenti di sini. Perjalanan ini masih panjang. Penuh dengan onak dan duri. Pelbagai coretan rasa dan warna dalam kehidupan ini belum terlakar dan terlukis. Hidup ini bukan semata-mata kerana dunia. Hidup di dunia ini hanyalah sebagai landasan untuk menuju ke dunia yang kekal abadi. Pandulah dirimu ke jalan yang benar dan diredhai Allah SWT. Berpeganglah kepada al- quran dan as- sunnah. Moga kalian beroleh kerahmatan serta hidayah daripadaNya.
Posted by Picasa

Saturday, December 04, 2010

Perjalanan ini........................




perjalanan
penuh dengan onak dan duri
sesekali ke kanan
kadangkala ke kiri
apapun pilihan kita
ingatlah
perjalanan ini ada noktahnya
ada penghujungnya
cukupkah bekalan kita?
untuk ke perhentian terakhir?
tambahlah, perteguhlah
bekalan kita.......