siapa yang harus dipertanggungjawab?
gurukah?
ibubapakah?
kawankah?
atau persekitaran?
namun yang lebih tepat adalah diri sendiri
setiap perkara yang berlaku
bermula dari diri sendiri
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu
melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya
terlalu rapuh iman ini
sehingga tidak mampu menangkis
halangan yang tiba
dugaan yang mendatang
terlalu mudah dirimu
mengubah pendirian diri
puncanya?
asasmu tidak kukuh
peganganmu tidak kuat
akidahmu goyang
imanmu lemah
bangkitlah semua
perteguhkan imanmu
kuatkanlah peganganmu
kembalilah
hiduplah berlandaskan al-quran dan as-sunnah
usah diambil separuh-separuh darinya
ambilllah semuanya
Islam itu mudah
namun jangan sesekali dipermudahkan
kelekaanmu
kelewaanmu
kealpaanmu
kelemahanmu
bakal mengundang bencana
langkahmu yang maju ke hadapan
lihatlah semula ke belakang
kembali meniti sirah dan sejarah
ambillah ikhtibar dan pengajaran
jadikan ia sebagai pedoman
agar tidak tersungkur di jurang yang sama
Sedih apabila melihatkan ramai yang petah berbicara, yang berjaya dalam kehidupan masing-masing. Namun, agama dipinggirkan. Seolah-olah Islam hanya pada nama. Tidak pada penghayatannya dan juga kehidupannya. Apabila ajaran Islam diamalkan hanya pada sesetengah perkara. Ketika syariat tidak diambil sepenuhnya. Maka terjadilah seperti apa yang dilihat pada hari ini. Kembalilah...kepada quran dan sunnah.
dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.- surah an-nisa: ayat 103
No comments:
Post a Comment