Hidup di dunia ini adalah untuk sementara.. Ia adalah sebagai landasan untuk menuju ke dunia yang kekal abadi...

Sunday, March 13, 2011

KEPULANGAN PENUH MAKNA


Kepulangan penuh makna...
jumaat lepas kelas pagi itu pahang kutuju
begitu lama dirasakan perjalanan kali ini
perasaan aku semata-matakah
atau itulah realitinya
sememangnya itulah yang sebenarnya
malam baru sampai rumah...

rinduku terubat
atuk sebelah mak ada di rumah rupanya
lama tak jumpa cek
rindu kat cek
sayang cek

tapi sekejap je jumpa cek
pagi sabtu tu cek dah balik terengganu semula
moga selamat
nanti cek datang lagi ye...

dan
sabtu itu juga
majlis perkahwinan sahabatku serta kakak dan abangnya
pagi tu mak kata
jom pergi menolong
balik sebab kenduri dia kan
bila lagi nak tolong kan
haha...

memang la
balik sebab kenduri dia
sebab yang lain tu hanya sampingan sahaja
tapi ada hikmahnya balik minggu ni
dapat jumpa cek tersayang
huhu...

sememangnya penat
cuaca hujan walaupun tidak selebat mana
dan hari ini aku mendapat kawan baru
dan dia adalah isteri sahabatku
tengku atirah laili

di kesempatan itu
turut hadir ialah sahabat-sahabat dari smkatahap
cikgu tahap pon ada juga
rindunya kat sekolah

sekolah yang penuh dengan kenangan
menggamit memori silam
tatkala berbual dengan cikgu lili, cikgu noraini dan cikgu mat jusoh
serta teman seperjuanganku yang lain
rindu pada kalian
syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu
moga Allah merahmati kalian...


doaku moga sahabatku,
ijo-zul-zulkifli mohamad serta tengku atirah laili
bahagia serta sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi
maaf jika ada kekurangan serta silap salah sepanjang hari itu
sesungguhnya diri ini hanya insan biasa
yang tidak lepas daripada sebarang khilaf

akhirnya
aku kembali di sini
meneruskan langkah perjalanan seterusnya
ulang kaji untuk test sunnah,bid'ah dan khurafat besok
serta keusahawanan hari selasa
dan ulang hafazan
moga aku dapat menjawab dengan baik
Ya Allah,
Kau permudahkanlah urusanku
kuatkanlah ingatanku
berikanlah aku kekuatan
untuk menghadapinya...

kepulangan penuh makna ini
banyak perkara yang aku pelajari
dan aku mengkaji serta menelitinya
akan aku perjelaskan nanti
di lain kesempatan...

KEPULANGAN PENUH MAKNA
PENUH KENANGAN
PENUH DENGAN LIKU SERTA CABARAN
BERIKANLAH AKU KEKUATAN, YA ALLAH
UNTUKKU MENGHADAPI SEGALANYA...
SESUNGGUHNYA UJIAN YANG DIBERI OLEH ALLAH
ADALAH UNTUK MENGUJI TAHAP KEIMANAN KITA
USAH TERLALU CEPAT MENGALAH
SEBELUM BERUSAHA MENCUBA
kerana sesungguhnya.................................

{Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. dan jika kamu melahirkan apa Yang ada di Dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa Yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".} (al-Baqarah:284-286)


Sunday, March 06, 2011

Selamat pengantin baru.....zulkifli mohamad


Kini makin bertambah sahabatku yang melangkah ke alam rumah tangga....dan dia merupakan sahabatku sejak dari sekolah rendah sehingga sek.men.....dan dia, zulkifli mohamad...
moga berbahagia..
Selamat melayari bahtera bahagiamu..
May Allah bless you...
Selamat pengantin baru........
Barakallahulakuma......
zulkifli mohamad serta isteri, atirah
:)