
Hari ini adik aku yang ketiga mendaftarkan diri di Universiti Putra Malaysia...kuharap dirimu beroleh kejayaan. Sememangnya kegagalan yang pertama bukanlah bererti akan selamanya gagal. Namun dari situlah semangat baru bangkit untuk terus berusaha. Berada di puncak kejayaan bukanlah mudah. Pelbagai liku kehidupan yang harus dilalui. Kadangkala jatuh tersungkur, kadangkala maju menapak ke hadapan. Itulah lumrah kehidupan. Kehidupan ini tidak pernah sunyi tanpa dugaan dan cabaran. Ujian dari Allah adalah untuk menguji tahap keimanan hambaNya. Adakah dia akan bersyukur ataupun terus leka dan alpa dengan kehidupan yang sementara ini.