Ramadhan sudah masuk hari yang ke-7.
Sekejap je rasanya.
Seminggu sudah berlalu...
Moga ramadhan ini lebih bermakna daripada tahun sebelumnya.
Ramadhan yang lepas aku masih bergelar seorang pelajar.
Kali ini aku menjadi pengajar pula.
Rindu pula pada suasana ramadhan semasa masih bersekolah...
iftar puasa bersama kawan-kawan di dewan makan.....tadarus....solat terawih...
di universiti pula sama juga.
tahun pertama hanya membeli juadah berbuka puasa selepas habis kelas
tahun2 seterusnya menyewa bersama teman-teman sekelas...
bergilir2 menyediakan menu berbuka puasa.
kadang2 sibuk mencari resepi nak masak untuk berbuka
ha3...macam2...
namun segalanya tinggal kenangan...
sungguh aku rindukan saat-saat itu....
Hidup di dunia ini adalah untuk sementara.. Ia adalah sebagai landasan untuk menuju ke dunia yang kekal abadi...
Friday, July 27, 2012
Thursday, July 19, 2012
setelah sekian lama......
Sudah lama blog ini x update.....sibuk dengan pelbagai perkara...praktikal dah habis..tunggu nak konvo je.....nti kisahnya akan kutulis...terlampau banyak untuk diceritakan...
Wednesday, May 16, 2012
SELAMAT HARI GURU
terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan
tanpa kalian siapalah diri iniSELAMAT HARI GURU
buat insan yang bergelar guru terutama guru yang pernah mengajarku di:
SK BUKIT KUIN, KUANTAN (1995-2000)
SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG, JERANTUT (2001-2007)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, NILAI (2008-2012)
Bicara cintaku
Bukan semudah itu
Untuk diriku
mengungkapkan lafaz cinta
Bicaraku hanya
pada yang selayaknya
Tidak pada sesiapa
saja
Lafaz kalimah itu
Terlerai atas
suatu perhubungan
Jalinan yang suci
Dilimpahi redha
Illahi
Kuakui diriku
bukan sempurna
Kerana aku hanya
insan biasa
Namun aku punya
rasa
Yang terpahat di
jiwa
Hadirnya dia
Menemani pelayaran
ini
Membuat kehidupan
lebih bermakna
Dia mewarnai
langkah perjalanan ini
mencoretkan
pelbagai rencamnya
Kuakui cinta yang
hadir ini
Anugerah terindah daripada
Ilahi
Akanku pertahankan
ikatan ini
Hingga akhir
nyawaku
Terima kasih ya
Allah
Atas segala nikmat
kurniaanMu
Friday, January 27, 2012
Akhirnya....

Dah lama tak menulis. Nak cerita pasal apa ye...hu3....oh ya...beberapa hari nanti bumi Nilai ini akan kutinggalkan...hampir 4 tahun di sini bersama teman-teman tersayang menempuh onak dan duri dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar..pelbagai ragam serta episod suka duka dalam perjalanan ini.. segalanya sukar untuk diungkap serta dilafazkan.. Teman, maafkan aku andai diri ini ada mengguris perasaanmu tanpa aku sedari..maafkan aku....Sesungguhnya aku hanyalah hambaNya yang kerdil..tidak lepas dari melakukan kekhilafan..Doaku agar kalian sentiasa berada di jalan serta rahmat kasih sayangNya..
Subscribe to:
Posts (Atom)