Hidup di dunia ini adalah untuk sementara.. Ia adalah sebagai landasan untuk menuju ke dunia yang kekal abadi...

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU














kudedikasikan untukmu
buat insan yang bergelar guru
selamat mendidik anak bangsa
jalanilah amanahmu sebaiknya
jadilah contoh teladan yang baik buat anak muridmu
pengorbananmu terlalu besar nilainya

walau di mana sahaja kamu berada
di tengah pulau
atau di ceruk desa
mahupun di kota
laksanakanlah tugasmu seikhlasnya

ucapan terima kasih
kuucapkan buat semua insan
yang pernah mendidik diri ini
tanpamu
siapalah diriku ketika ini

sesungguhnya jasa serta pengorbanan kalian
akan kukenang hingga akhir hayatku
terima kasih cikgu
walau di mana sahaja
dikau ditugaskan ketika ini

sekolah kebangsaan bukit kuin, kuantan (1995-2000)
tempat pertama aku mengenal insan bergelar guru
serta smka tengku ampuan hajjah afzan pahang, jerantut (2001-2007)
tempat pertama aku menerima tarbiah
bumi yang amat kusayangi serta kurindui
sarat dengan kenangan
suka dan duka
serta biah yang amat kurindui
amat -amat kurindui
universiti sains islam malaysia (2008-2012)
kini aku di sini

serta
mak dan ayah
dikaulah guru yang paling istimewa dalam hidupku
sentiasa di sisiku
semoga Allah merahmatimu

terima kasih
thank you
syukran jazilan
gracias
merci
arigato
kamsahamnida






SELAMAT HARI GURU.......