Bukan semudah itu
Untuk diriku
mengungkapkan lafaz cinta
Bicaraku hanya
pada yang selayaknya
Tidak pada sesiapa
saja
Lafaz kalimah itu
Terlerai atas
suatu perhubungan
Jalinan yang suci
Dilimpahi redha
Illahi
Kuakui diriku
bukan sempurna
Kerana aku hanya
insan biasa
Namun aku punya
rasa
Yang terpahat di
jiwa
Hadirnya dia
Menemani pelayaran
ini
Membuat kehidupan
lebih bermakna
Dia mewarnai
langkah perjalanan ini
mencoretkan
pelbagai rencamnya
Kuakui cinta yang
hadir ini
Anugerah terindah daripada
Ilahi
Akanku pertahankan
ikatan ini
Hingga akhir
nyawaku
Terima kasih ya
Allah
Atas segala nikmat
kurniaanMu
No comments:
Post a Comment